Tidak Boleh Dilihat, Bukan Bererti Tidak Ada

85

Jika tidak boleh melihat jin dijadikan dalil bahawa jin tidak ada, maka berapa banyak sesuatu yang tidak boleh kita lihat, namun pada hakikatnya ia ada. Contohnya arus elektrik tidak boleh kita lihat di kabel elektrik, tetapi kita boleh tahu bahawa ia ada melalui bekas-bekasnya pada lampu atau yang lainnya. Begitu pula udara yang tiap hari kita hirup untuk bernafas, kita tidak boleh melihatnya tetapi kita dapat merasakan keberadaannya. Bahkan, roh (nyawa) yang merupakan salah satu penyangga kehidupan kita kerananya kita boleh hirup dan tanpanya kita mati, tidak boleh kita lihat dan ketahui hakikatnya. Namun demikian, kita meyakini keberadaannya.

Asal Usul Penciptaan Jin

Begitu banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. yang secara pasti dan tepat menunjukkan bahawa bangsa jin diciptakan daripada api. Allah s.w.t. berfirman:

“Dia menciptakan jin dari nyala  api.” (Surah Al-Rahman: 15)

                Abdullah bin Abbas r.a. berkata maksud “dari nyala api” pada ayat di atas ialah “ dari nyala api yang murni”. Dalam riwayat lain, Abdullah bin Abbas r.a. mengatakan maksudnya ialah daripada hujung jilatannya.

Allah berfirman lagi:

“Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas.” (Surah Al-Hijr:27)

“Allah s.w.t. berfirman: “Adakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada dia. Kamu ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Kamu ciptakan daripada tanah.” (Surah A’araf:12)

                Bila ada yang masih menyanggah, “bagaimana anda boleh menjadikan perkataan iblis sebagai dalil? “ Bukankah dia ialah pendusta?”

Jawabnya,”Sesungguhnya yang menjadi dalil bukan terletak pada perkataan iblis itu sendiri, tetapi pada penetapan Allah s.w.t. akan hal itu. Disebabkan itu Allah tidak akan menetapkan sesuatu yang batil.”

Imam Muslim dan Ahmad meriwayatkan dari Ummul Mukminin Aisyah r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Para malaikat diciptakan daripada cahaya; bangsa jin diciptakan daripada nyala api; dan Adam diciptakan daripada sesuatu yang telah digambarkan kepada kalian (tanah liat).”

Jika Bangsa Jin Diciptakan dari Api, Bagaimana Boleh Jin Kafir (yang Diciptakan dari Api) Diseksa (dengan api)?

Permasalahan ini menyebabkan pelbagai pertanyaan sering dilontarkan. Namun, sekiranya mahu berfikir secara elok, nescaya mereka akan mengerti dan memahami hakikatnya. Semua orang telah tahu bahawa manusia diciptakan dari tanah liat, tetapi sekarang ia bukan lagi tanah liat. Asal usulnya saja dar tanah liat. Begitu pula dengan jin yang tercipta dari api, sekarang mereka bukan lagi api. Sebagaimana yang telah diterangkan dalam banyak dalil.

Di antaranya ialah hadis riwayat Imam Nasa’i, dengan isnad sahih menurut syarat Imam Bukhari. Ummul Mukminin Aisyah r.a. bercerita, “Ketika Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat, tiba-tiba datanglah syaitan menghampiri baginda. Maka baginda pun membantingnya lalu mencekiknya. Kemudian baginda s.a.w. bersabda:

“Sehingga aku boleh merasakan dingin lidahnya pada tanganku.”

Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa pada masa ini bangsa jin tidak lagi bentuk api. Sebab nya jika demikian, tentu Rasulullah s.a.w. tidak akan merasakan dinginnya lidah syaitan. Di antaranya juga ialah, sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya musuh Allah, iblis, datang membawa pelita dari api dan hendak melemparkannya ke wajahku.”

Hadis ini diriwayatkan Imam Muslim dan selengkapnya akan disebutkan kemudian.

Sebuah hadis riwayat Imam Malik di dalam kitab Al-Muwattha’ daripada Yahya bin Said, dia berkata (hadis mursal), “Pada malam Israk Rasulullah s.a.w.melihat jin Ifrit yang mengejar baginda sambil membawa seberkas api. Setiap kali menoleh, baginda s.a.w. selalu melihatnya. Lalu Jibril a.s. berkata kepada baginda, “Mahukah anda aku ajari beberapa kalimat (doa), jika anda mengucapkannya, nescaya nyalaan apiunya akan padam dan bahan bakarnya akan habis?” (al-hadis).

Dua hadis di atas menjadi bukti bahawa jika iblis tetap berada dalam bentuk api, tentu dia tidak memerlukan pelita atau seberkas api, Di antaranya juga adalah sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya syaitan berpindah-pindah di dalam tubuh manusia melalui aliran darah.”

Seandainya iblis masih pada bentuk api, tentu dia akan membakar manusia.

Jika ada yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah gangguan (godaan) syaitan, maka kami jawab, “ Para ulama ushul fikih menyepakati, tidak bolehnya mengalihklan makna suatu kalimat. Lalu, adakah di dalam hadis ini ada penghubung?”

Selaras dengan hal itu manusia disptakan dari tanah liat, dan dia merasakan sakit tatkala dilempar dengannya. Manusia juga diciptakan dari air (sperma) dan kadangkala dia merasa sakit jika diseksa dengan air.

Hal yang lebih tepat dan lebih baik kita katakan ialah “Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.