Meminta Pertolongan Kepada Allah SWT

358

Ketahuilah bahawa anda tidak akan mampu mengungguli syaitan kecuali dengan pertolongan dan petunjuk Allah SWT. Salafus Soleh mengatakan bahawa salah seorang daripada mereka berkata kepada muridnya.
“Apa yang kamu lakukan terhadap syaitan jika dia memikatmu dengan berbagai-bagai kesalahan dan dosa?” Muridnya berkata, “Saya akan melawannya.” Guru berkata, “Ini akan lama, bagaimana jika kamu lalu di tengah-tengah kambing, lalu kambing yang menjaganya menyerangmu, atau dia menghalangmu untuk lalu, apa yang akan kamu lakukan?” Dia berkata, “Saya akan mengerahkan sedaya upaya saya untuk melawannya.” Guru berkata lagi, “ Ini akan lama, tetapi minta tolonglah kepada pemilik kambing itu, dia akan melindungimu dari anjing itu.”

Jika anda ingin membebaskan diri daripada tipu daya syaitan, mintalah pertolongan kepada Penciptanya. Nescaya Dia akan menghalangimu darimu dan memeliharamu darinya.

Memperbanyakan Amal Soleh

Memperbanyakkan amal soleh dapat mematahkan dan menghinakan tipu daya syaitan. Imam Muslim meriwayatkan di dalam sahih-nya, ‘Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila anak manusia membaca ayat Sajadah lalu dia bersujud, maka syaitan akan menyingkir sambil menangis dan berkata, ‘Oh, betapa celakanya saya. Anak manusia diperintahkan untuk sujud lalu dia sujud, maka dia memperoleh syurga. Sementara ketika saya diperintahkan untuk sujud, saya derhaka, maka saya akan mendapatkan neraka.

Isti’adzah (Meminta Perlindungan Kepada Allah SWT)

Al-Hafiz Ibnu Kathir berkata, “Isti’adzah kepada Allah SWT ialah kembali kepada-Nya dan bergantung dengan keagungan-Nya daripada segala kejahata. Maksud dari ayat “Saya berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk” ialah saya meminta perlindungan dengan keagungan Allah SWT daripada golongan syaitan yang terkutuk. Jangan sampai syaitan merugikan saya dalam agama dan dunia, atau menghalangi saya melakukan hal-hal yang diperintahkan, atau mendorong saya melakukan hal-hal terlarang. Hal ini adalah kerana hanya Allah yang dapat mencegah kejahatan syaitan dari manusia. Oleh itu, Allah memerintahkan manusia meminta perlindungan kepada-Nya dari syaitan dan jin. Sebab, dia tidak menerima suap serta kecantikan tidak berlaku baginya. Kerana tabiat syaitan sangat jahat. Hanya Zat yang menciptakannya sahaja yang dapat mencegahnya darimu.”

Get real time updates directly on you device, subscribe now.