Gangguan Pada Bayi

127

Pernahkah anak anda menangis di waktu senja atau tengah malam?

FAKTOR BAYI MENANGIS:

1. Masalah kesihatan (perut kembung)
2. Lapar atau Haus (nak susu)
3. Gangguan Makhluk halus (jin)

TANDA-TANDA BAYI ANDA MENANGIS BUKAN KERANA FAKTOR KESIHATAN ATAU LAPAR TAPI KERANA GANGGUAN SEPERTI BERIKUT:

1. Matanya melilau melihat sekeliling
2. Menangis yang tiada air mata
3. Menangis seolah-olah seperti dicubit (nada tangisan semakin tinggi)
4. Riak wajah bayi seperti dalam ketakutan
5. Tidur di selang seli dengan tangisan
6. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari (contoh bayi anda bila masuk sahaja waktu magrib mesti menangis sebelum itu dan di waktu tengah malam tak menangis, dan ini berlaku setiap hari atau bayi anda tidur lena tapi bila sampai waktu tengah malam dia mesti terjaga dan menangis)
7. Waktu senja pintu atau tingkap rumah tak tutup dan ahli keluarga anda keluar masuk rumah

APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?

1. Bertenang dan bersabar. Jangan panik dan jangan marah-marah
2. Baca ayatul Qursi 3x dan tiup dari ubun-ubun bayi sampai kakinya
3. Baca ayat 9 dari surah Yasin 1x:

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون

“Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat Melihat” (QS. Yasin (36):9)

  1. Sapukan Minyak Bidara Ikhtiar Syifa di ubun-ubun dan baju bayi. Dan boleh gunakan Aman Spray untuk Spray setiap penjuru rumah.

PERINGATAN:

a) Jadikan ayat di atas sebagai amalan harian.
b) Jangan sesekali berjumpa dengan bomoh (bila jumpa bomoh biasanya bomoh akan bagi benang hitam dipakaikan ditangan bayi). Benang hitam itu termasuk tangkal yang diharamkan dalam Islam kerana SYIRIK.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.