Lilit Benang Hitam Pada Bayi

367

KENAPA ORANG2 TUA DAHULU LILIT BENANG DI LEHER BAYI & APA HUKUMNYA?

Pada zaman dulu2, ramai nenek moyang kita yang ada kepercayaan mengenai lilit benang pada baby yang baru lahir. Katanya nk elak daripada menangis. Kalau selalu menangis boleh menyebabkan sawan tarik. Dan bagi mereka tangisan itu dikaitkan dengan gangguan makhluk halus.

Gangguan jin pada makhluk halus itu hakikatnya memang ada, namun amalan mamakai tangkal itu bertentangan dgn ajaran Islam. Dalam Hadith Nabi SAW melarang penggunaan tangkal. Tangkal itu merujuk kepada benang, tali atau apa2 sahaja yang di pakai pada badan dengan tujuan mendapat sesuatu faedah bagi orang yang memakainya.

Perbuatan mengikat benang pada lengan kanak2 atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna/hitam dan digantung di leher atau diikat pada pinggang kanak2 atau orang2 tua dengan kepercayaan untuk mengelakkan gangguan jin adalah tidak dibenarkan.

Baby yang menangis berpunca daripada gangguan boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda berikut:
1) Tangisan yang kuat dan berterusan
2) Mata terpejam
3) Tiada air mata keluar
4) Mata bayi yang selalu meliar naik ke atas

Untuk menanganinya kita boleh ruqyahkan dengan ayat pembatal sihir, atau dapatkan rawatan melalui pengamal perubatan islam.. atau cara lebih mudah adalah mandi dengan mandian daun bidara yang diruqyahkan.

Ambil mandian campur dengan air dan letak dalam bekas/baldi dan buat bilasan terakhir.

Atau sapukan minyak bidara di tangan org dewasa.. Gosok2 dan tap2kan di kepala dan baju bayi sedang pakai. InsyaAllah, mudah-mudahan tiada lagi tangisan yg kuat dan tiada lagi gangguan pd bayi

Pertanyaan lanjut:
>> PM kami di Facebook <<
>> PM kami di Facebook <<
>> PM kami di Facebook <<

Get real time updates directly on you device, subscribe now.