Bolehkan Jin Ditundukkan?

1,374

Perhubungan antara jin dan manusia sememangnya wujud dan ditegaskan dalam al-Quran, Sunnah dan Ijma’ ulama. Namun perhubungan ini adalah secara khusus dan terbatas menurut undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Jin ada kalanya memasuki badan manusia dengan cara yang hanya Allah SWT sahaja mengetahuinya. Ada di kalangan manusia yang sakit lumpuh, gila, lupa diri, was-was, sesat, dan bermacam-macam lagi akibat tindakan golongan jin.

Kumpulan jin yang melakukan perbuatan ini adalah jin yang kafir atau fasiq. Adapun jin yang beriman mereka tidak melakukan perbuatan seumpama ini, mereka adalah golongan yang baik sebagaimana manusia baik yang beriman juga.

Dengan kurniaan Allah SWT, manusia diajar kaedah-kaedah bagaimana untuk mempertahankan diri daripada golongan jin ini agak tidak dirasuki atau diganggu mereka.

Sebagaimana Allah SWT memberi kemudahan kepada Nabi Sulaiman a.s., begitu juga Nabi Muhammad SAW telah diberikan kemudahan dalam beberapa perkara.

Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. sesungguhnya baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“setiap kamu akan diwakilkan satu qarin (sahabat) daripada bangsa jin. Mereka (sahabat) bertanya apakah engkau pun ada ya Rasulullah, sabda baginda ; ya, aku pun ada, tetapi Allah membantu aku mengatasinya sehingga aku selamat (atau dia telah Islam) maka tidak memerintahkan aku melainkan hal yang baik semata-mata.

Abu-Darda’ r.a meriwayatkan bahawa pada suatu ketika baginda Rasulullah SAW berdiri di kalangan kami, baginda menyebut “aku berlindung kepada Allah daripada Kamu” kemudian sambungnya : aku laknat kamu dengan laknat Allah” tiga kali, kemudian dibuka tangannya seolah-olah mengambil sesuatu setelah sembahyang, kami bertanya

“Ya Rasulullah kami mendengar engkau berkata di dalam sembahyang tadi sesuatu yang tidak pernah kami dengar sebelum ini dan engkau buka pula tanganmu.”

Jawab baginda, “sesungguhnya musuh Allah iaitu Iblis datang membawa bara api untuk membakar mukaku, maka aku berkata, aku laknat mereka yang yang hendak menggangguku, demi Allah kalau aku tidak teringat doa saudara kita Sulaiman aku akan ikat mereka supaya anak-anak penduduk Madinah boleh bermain dengan mereka.”

Al-Qadhi Iyadh berkata maksudnya Nabi Muhammad SAW teringat firman Allah SWT mengenai doa Nabi Sulaiman, “Jangan ada selepas aku sama kekuasaan yang ada padanya,” bermakna Nabi Muhammad boleh juga menagkap jin itu dan menguasainyatetapi sebagai menghormati dan merendahkan dirinya maka tidak ditangkapnya jin itu.

Begitu juga Abu Hurairah r.a. meriwayatkan katanya, “sesungguhnya baginda Rasul bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah mebolehkan aku menguasainya. Maka sesungguhnya aku bercita-cita untuk mengikatnya ke kota masjid. Sehinggakan orang ramai boleh melihatnya, kemudiaan aku teringat kata-kata abangku Sulaiman, “ Ya Allah ya tuhanku ampunlah dosaku, berikanlah kepadaku kekuasaan tidak dapat pada orang lain selain aku.” Maka Allah menolak jin itu dengan penuh kehinaan.

Kesimpulannya Nabi Muhammad SAW juga diberi kemudahan oleh Allah untuk memerintah jin dan syaitan itu. Ibnul-Jauzi berkata jin dimudahkan untuk Nabi Sulaiman tetapi Nabi Muhammad banyak dibantu oleh para malaikat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.