Aman Spray

5,710

Aman Spray dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang bersumberkan ilmu perubatan Islam. Ianya diruqyah dan didoa oleh Dato’ Ustaz Ismail Kamus, dan pengamal-pengamal Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia selama beberapa hari bagi mendapatkan hasil dan kesan yang terbaik.

Aman Spray sebagai ikhtiar bagi menghalang dan menghalau gangguan makhluk halus dari rumah kediaman/premis.

CARA MEMAGAR RUMAH MENGGUNAKAN AMAN SPRAY

  1. Waktu semburan, sebaiknya adalah pada petang sebelum waktu Maghrib.
  2. Berdiri di mana-mana bahagian dinding rumah, atau pintu rumah, arah spray ikut pusingan tawaf/lawan arah jam (bahu kanan menghala dinding).
  3. Mulakan dengan membaca Al-Fatihah dan ayat Qursi, kemudian ulang Ayat Qursi sambil spray sehingga habis (atau baca dan ulang 3 Qul).
  4. Spray di dinding-dinding rumah, pintu, tingkap, dan paling utama adalah penjuru-penjuru rumah (bahagian atas), sekeliling rumah sehingga sampai ke tempat mula.
  5. Spray tidak perlu terlalu tebal di dingin, memadai terkena bahagian dinding/pintu kemudian dan dan sebaiknya renjisan spray terkena sekeliling dinding rumah.
  6. Untuk tambahan bagi gangguan yang kritikal boleh mulakan dengan Azan di tengah-tengah rumah dahulu, kemudian baru berdiri di dinding dan mulakan spray.
  7. Semasa spray niat dalam hati agar Allah SWT keluarkan segala jin-jin yang tinggal atau mengganggu dalam di rumah kita.

BERAPA HARI PERLU GUNA AMAN SPRAY

  1. Sebaik-baiknya 7 hari pertama adalah berturut-turut, kemudian selang seli jika perlu mengikut kadar gangguan jika masih ada.
  2. Jika tidak sempat 7 hari disebabkan kerja atau lain-lain halangan, minima 3 hari berturut-turut dahulu tapi disyorkan pilihan pertama 7 hari berturut-turut.

PERLUKAH BUKA TINGKAP WAKTU SPRAY

  1. Buka sedikit pintu utama atau pintu belakang/dapur.
  2. Tidak perlu untuk buka semua tingkap.
  3. Buka pintu dengan niat memudahkan jin keluar, hakikatnya jin juga boleh keluar sekiranya pintu tertutup melalui mana-mana ruang yang angin boleh laluinya.

Harga: RM 35.00 (480ml)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.