Definisi Madinah Nabawiyyah

351

Firman Allah SWT,

“Barang siapa yang menyantap setiap paginya tujuh butir kurma Ajwah, tidak akan terkena bahaya racun dan sihir pada hari tersebut.”

a) Definisi Madinah Nabawiyyah

Madinah Nabawiyyah adalah kota Rasulullah SAW. Lokasinya terletak di utara kota Mekah sejauh 400km. Ketinggiannya 600m dari laut. Dari arah selatan, timur dan barat, terdapat aktiviti gunung berapi. Di bahagian timurnya terdapat lembah Waqim. Di bahagian timurnya terdapat perkampungan Al-Wabroh. Sementara daratan tinggi terdapat di sebelah utara dan selatannya. Di bahagian selatan terdapat gunung ‘Ir. Sementara di bahagian utaranya selatan terdapat  gunung Uhud. Aliran banjir boleh datang dari arah selatan dan timur.

Letak geografi tersebut berpengaruh besar, sehingga layak saja bila tanah di kota Madinah begitu subur, kerana kerap dialiri banjir, terutama sekali aliran lahar gunung berapi.

Letaknya yang rendah juga menjadikan banyak mata air terdapat di sana, terutama sekali berdekatan lokasi aliran air bekas banjir. Oleh sebab itu, kota tersebut sudah terkenal semenjak dahulu sebagai kota yang maju, kerana banyak pohon kurmanya dan kerana banyak sumber air di sana.

Kota Madinah sudah dikenal sebelum Islam sebagai kota Yatsrib. Saat Rasulullah berhijrah ke kota tersebut, lebih dikenali dengan sebutan kota Madinah. Kota itu menjadi Daulah Islamiyyah (pusat pemerintahan Islam) pertama. Itu berlangsung sehingga akhirnya ibu kota Islam dipindahkan ke Damaskus, pada masa pemerintahan Daulah Umawiyyah. Namun sebagai pusat pendidikan Islam dunia, kota Madinah tetap bertahan. Maka, di situlah terdapat Masjid Nabawi . Masjid pertama yang dibangun di atas dasar ketakwaan dan masjid kedua yang boleh dijadikan sebagai tujuan perjalanan panjang. Di kota itu juga terdapat Masjid Quba dan banyak lagi lokasi-lokasi Islam bersejarah lainnya.

Madinah dikenali sebagai kota kembaraan Hijaz yang sudah demikian terkenal dalam sejarah Islam dari semenjak dahulu kala, terletak sepanjang (36,39′) lintang timur dan (18,24′) bujur utara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.