Bagaimanakah Merawat Penyakit Sihir?

878

Soalan:

Bagaimanakah ikhtiar yang dibenarkan oleh syarak untuk mengubati pesakit yang terkena sihir? (Nizam Jamaludin, Seremban, Negeri Sembilan)

Jawapan:

Penyakit yang disebabkan oleh sihir berlaku di alam rohani. Kebanyakkan sihir dilakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam. Sihir diamalkan secara terselindung, maka sudah tentu tidak mudah untuk mengubatinya.

Antara ikhtiar untuk mengubati sihir adalah seperti berikut:

Menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk menentang sihir. Terdapat banyak ayat al-Quran menyentuh tentang sihir yang berlaku dalam kehidupan manusia. Contohnya ialah apabila sihir berlaku secara berleluasa pada zaman Nabi Allah Musa AS, baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan meminta bantuan Allah SWT sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.

Kitab-kitab karangan ulama muktabar menyarankan kita membaca 11 ayat daripada surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255 hingga 257 dan tiga ayat terakhir surah al-Baqarah.

Ada juga ulama yang menyarankan agar kita membaca surah al-Fatihah, ayat 255 surah al-Baqarah, ayat 117 hingga 119 surah al-A’raf, ayat 79 hingga 82 surah Yunus ataupun ayat 82 dan 83, ayat 65 hingga 69 surah Taha, ayat 118 surah al-A’raf dan ayat 70 surah Taha.

Ayat-ayat ini disarankan agar dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT.

Petikan daripada buku “Menjawab Persoalan Makhluk Halus” oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Get real time updates directly on you device, subscribe now.