Bolehkan Makhluk Halus Menyebabkan Penyakit?

743

“Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata,”Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan penyakit.” (surah Sad : 41)

Kisah Nabi Ayub yang menghadapi penyakit fizikal yang dahsyat ketika itu adalah berpunca daripada sentuhan atau penangan syaitan. Dalam surah al-Baqarah ayat 102 mengisahkan tentang ilmu sihir yang diajarkan oleh syaitan kepada manusia. Ilmu sihir tersebut hanya boleh membawa kemudaratan dan tidak memberi sebarang manfaat pun kepada manusia.

Rasulullah SAW turun memohon dalam doa baginda dengan menyebut suatu ayat iaitu “memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada gangguan syaitan yang boleh menyebabkan kesakitan.” Dalam al-Quran terdapat beberapa istilah yang jelas menyebut bahawa makhluk halus ini berupaya menyakiti manusia dengan pelbagai perlakuan sehingga menyebabkan manusia menderita kesakitan.

Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud: “Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah SWT sesungguhnya Dia lah sahaja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Petikan Daripada Buku ‘Menjawab Persoalan Makhluk Halus‘ oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Get real time updates directly on you device, subscribe now.